nufnang

Friday, November 28, 2008

EKSPLORASI KE TAMAN NEGARA PAHANG 2008

Seperti yang aku janjikan dalam catatan yang lepas..aku akan bercerita sedikit tentang pengalaman aku di Taman Negara, Pahang seandainya aku join diorang..rupa-rupanya hajat aku nak pergi ke National Park ni tercapai juga.. sedikit catatan aku sediakan untuk korang baca..

Eksplorasi ke Taman Negara, Pahang anjuran Majlis Permuafakatan Warga Pendidikan Sedili Pantai telah menjadi kenyataan pada 18 - 21 November 2008..seramai 33 orang peserta telah mengikuti program ni.

18 NOVEMBER 2008 ( Selasa )
-bertolak dari Kuarters Guru SK.Gembut - 5.30 pagi
-Tren "Lambaian Timur' bertolak dari Stesyen Kulai - Jerantut -6.58 pagi-first time naik kereta api bergerak..kena pulak teh xtarik dalam kafe..best bro..
-Tiba di bandar Jerantut lebih kurang pukul 12.30 tengah hari -first time makan tengah hari berlaukkan ikan patin ..sodap woo..
-Kami naik bas pencen untuk ke Kuala Tahan - sampai kat Kuala Tahan lebih kurang kul 3.30 petang
-Lepas tu kami check in kat lodging Mak Minah macam cerite P.Ramli - Liana Hostel laa..
-malam :
-first time naik "River Crossing Boat " tambang serengget untuk ke headquarters National Park
-video show -kul 9.30 malam
-lepas tu..juru pandu bertauliah bagi taklimat kat kami berkaitan night walk pada malam tu..
-kita orang dapat tengok mata rusa 4 @5 ekor, dan selebihnya tengok pacat..
-abis akitiviti night walk- kami rehat..ada juga mamat yang gi mancing, lebih umpan dari ikan.

19 NOVEMBER 2008 ( Rabu )

pagi- apa-apa hal kita kena sarapan kat restoren terapung dulu..menu sarapan biasa aje..yang syoknya minum kat rakit terapung tu..
-pengalaman pertama naik long boat maximum penumpang 12 orang, dengan kekuatan enjin 40 kuasa kuda ditambah dengan pilot yang begitu umphh..menuju ke lokasi gua telinga..
-diorang yang masuk gua telinga katalah.. gua tu sempit..banyak kelawar dan ular..aku x masuk gua tu..sebab aku dah janji dengan wife aku..aku xkan kotorkan baju aku dengan tahi kelawar..basah peluh xpe..
-di pintu gua sambil aku ambil gambar, aku sempat berkenalan dengan seorang journalis dari Belgium-mamat ni namanya Derreck..xcaya nanti aku expose gambar..
-balik dari gua telinga kami rehat dan makan, sedap juga ikan patin masak cili padi, cecah sambal godok ke gocok ke..aku pun tak tau yang pasti mengikut penyelidik makanan team kami, sambal tu diletak belimbing buluh yang diperam lama hingga jadi hitam dan berkulat..seddapp tuuu..
-petang :
-aktiviti rapid shooting memang seronok-lumba long boat kat jeram sambil simbah-simbah air-macam budak-budak jugalah seronoknya-ada juga mamat yang x suka aktiviti tu..xtaulah takut handphone basah ke atau takut boat karam ? kalau karam xpandai-pandai berenang..
- ayuh kita lihat perkampungan orang asli taman negara.. kita lihat sedara korang iaitu Kaum Batik
-korang ni nak bergambar dengan diorang pun xsayang duit sepuloh rengget..kalau bergambar free dengan adik beradik xnak lah plak..
-kami sempat juga belajar - tiup sumpit dan belajor cara hidupkan api..
-xjadi naik canopy walk sbb cuaca x mengizinkan..lagipun dah lambat..benda tu tutup kul 3 petang
-balik aje dari ziarah orang asli.. kita mandi kat Lubuk Simpon.. subur-subur betik kat sini
-petang tu diadakan mesyuarat tergempar sebab kita orang nak delay lagi satu hari kat Taman negara ..canopy walk xnaik lagi beb..19 orang yang bersetuju nak delay..14 orang lagi nak balik..korang nak balik..balik lah korang..aku tinggal sorang kat taman negara pun xpe..cari mak mertua selesai masalah..
-malam :
-lepas makan malam, aktiviti bebas..ada juga gi memancing..tp umpan lebih dari ikan laa..
-ada juga mamat yang bunuh pacat dengan cara hempas daun terup kat lantai lodging mak minah..pacat mati sekor, ketawa ramai-ramai..naya..ganggu bang otai-otai nak tido..

20 NOVEMBER 2008 ( Khamis )

- pagi :
-selamat berangkat kepada 14 orang peserta yang xsabo-sabo pulang ke tanah air..
-aktiviti adventure..sesuai bagi orang macam aku ni..canopy walk atau titian silara pada ketinggian purata 40 meter hingga ke puncak 158 meter dan diiktiraf sebagai titian gantung terpanjang dunia memang menguji ketahanan fizikal dan mental kitorang..naik dari jeti dah kena menapak anak tangga ke platform canopy walkway sebanyak 248 mata anak tangga..lepas tu bila naik canopy ..gayatttttttt
-selesai di canopy walk kita orang pegi ke Kelah Sanctuary..nak tenok ikan kelah konon..air xmengizinkan lah..
-nak mandi kat lata berkoh ..bahaya jeram ni air tengah deras..bahaya..

malam :
-lepas makan , aktiviti bebas..nak mancing , nak lepak sambil kena teh tarik kat restoren terapung, nak gi karaoke kat woodland resort gasak korang laa.. satu lagi nak bunuh pacat dengan daun terup pun boleh..


21 NOVEMBER 2008 ( Jumaat )

pagi :
-sarapan dulu sebelum balik..kena nasi berlauk sedap juga
-naik bas pencen warna biru lagi -kul 9.30 pagi ke bandar Jerantut
-berlepas pulang ke kota tinggi-naik tren lambaian timur -lebih kurang kul 12.30 tengah hari dan sampai di Kulai kul 6.40 petang ..
-lepas tu masing-masing "salam-salam" berpisah seketika ke distinasi masing-masing.

-rodger and out..

Monday, November 10, 2008

KE TAMAN NEGARA PAHANG KITE..

Jika diizinkan Allah, rombongan ke Taman Negara Pahang akan bertolak pada 18 November 2008 ini..
Aku tengah berfikir-fikir, nak join ke tak.. kalau tak pergi rasa macam rugi pulak..kalau pergi apa faedah yang aku boleh dapat..kalau setakat dapat penat aje..buang karan namanya tu..apapun aku nak ucapkan SELAMAT MENGUNJUNGI TAMAN NEGARA PAHANG kepada para peserta..

Friday, November 7, 2008

KEBERKATAN RAMADHAN TERNYATA SUDAH..

20.08.2008 aku berjuang..
05.11.2008 aku mendapat kepastian..
Hari ini dan seterusnya keyakinan tentang keberkatan ramadhan tetap tersemat di sanubari..