nufnang

Friday, November 20, 2009

KEHADIRAN KITA - ANAK TERASA DIHARGAI

Sesibuk manapun kita dalam meneruskan kelangsungan hidup, hal pendidikan anak-anak jangan diabaikan. Ambillah cuti sehari,jika di sekolah anak kita ada majlis yang menuntut kehadiran kita di situ. Susah ke nak buat macam tu?
Terlalu besar ertinya buat seorang anak seandainya kejayaan yang diraih dikongsi bersama-sama kita. Kehadiran kita di situ, anak terasa dihargai.

Wednesday, November 18, 2009

ILMU NUJUM DAN RAMALAN:perspektif masyarakat Melayu

Ilmu nujum dalam kebudayaan Melayu selalu dikaitkan dengan ramalan mengenai nasib manusia yang dipengaruhi oleh alam sekitarnya sehingga lebih mendekati makna astrologi. Ianya mengandungi pengetahuan mengenai ilmu kutika atau ketika, nujum, raksi, firasat, takbir, dan katuranggan. Ilmu kutika atau ketika adalah ilmu untuk mencari waktu yang baik dalam melakukan suatu upacara, membuat peralatan, memulai pekerjaan bercocok tanam dan pekerjaan lain yang penting dalam kehidupan sehari-hari. Nujum, ramalan, dan rejang adalah ilmu untuk mengetahui apa yang telah dan akan berlaku berdasarkan perhitungan hari dalam seminggu, sebulan, atau setahun. Rejang adalah ilmu yang merujuk kepada binatang-binatang yang dihubungkan dengan ramalan terhadap suatu kejadian. Raksi atau kias adalah ilmu untuk meramalkan keserasian pasangan yang akan menikah; juga keserasian hari dan waktu untuk menjalankan suatu pekerjaan. Ilmu firasat adalah ilmu untuk mengetahui perilaku seseorang berdasarkan bentuk tubuh, tanda-tanda pada tubuh, wajah, bahkan bau keringat seseorang. Takbir, khususnya takbir mimpi adalah bentuk ramalan dengan menafsirkan mimpi seseorang menurut waktu, hari, dan sebagainya. Katuranggan, padah, atau alamat adalah ilmu untuk meramalkan perilaku binatang berdasarkan tanda-tanda pada tubuh dan gerak-geriknya.

Buku yang berkaitan dengan Ramalan dan Nujumseperti Tajul Muluk dan Ilmu Bintang 7 atau 12 adalah contoh penulisan berkaitan dengan kepercayaan dan pola pikir masyarakat Melayu yang membicara tentang hubungan manusia dengan tanda-tanda alam seperti ombak, angin, dan bintang, tafsir mimpi, perubatan, perhubungan suami istri, ilmu pelangkah yang menentukan hari-hari baik dalam menjalankan usaha berdagang, berperang, atau bercocok tanam (yang dikenali sebagai ilmu kutika / ketika), jadual perhitungan hari baik dan nahas dalam satu tahun, ramalan atas barang-barang yang hilang hingga doa-doa yang dapat digunakan untuk keperluan tertentu.

sumber : http://nujumabunawas.blogspot.com/

Tuesday, November 17, 2009

CERITA PENGLIPUR LARA - CARA HIDUP DAN BERFIKIR MASYARAKAT MELAYU ZAMAN DAHULU




BUKU CERITA PENGLIPUR LARA -RAJA DONAN
Terbitan : DBP ( 1963 )




Kesempatan yang terluang mengizinkan aku untuk membelek-belek beberapa buah naskah buku cerita lama terbitan DBP sekitar tahun 1960 an. Aku sempat juga membaca cerita "Raja Donan ".Cerita Raja Donan ini telah dituturkan oleh seorang penutur cerita penglipur lara iaitu Esah binti Muhammad Akil pada 14 JUN 1961 di Temerloh , Pahang dan telah didokumentasikan oleh Che' Zaharah Khalid.Naskah buku penglipur lara ini diterbitkan oleh DBP pada tahun 1963.

Meneliti kandungan isi buku cerita ini, membuatkan aku terpukau dengan penggunaan sistem ejaan lama, gaya bahasanya yang tersendiri dan keunikan pemakaian kosa katanya. Itulah kekuatan 'karya' dahulu.





-harapan seorang raja terhadap putera pengganti tahtanya.

Thursday, November 12, 2009

DARI BLOG SAHABAT: MUNSYI DEWAN - DBP

ISTILAH DALAM BAHASA MELAYU - BAHAGIAN 1

PREPAID ATAU PRABAYAR? Dalam usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu, kita haruslah sedar bahawa bukan semua golongan yang mengetahui terjemahan atau padanan yang betul dalam bahasa Melayu bagi istilah/perkataan yang lazim digunakan dalam bahasa Inggeris.

Selepas golongan ini menggunakan bahasa Inggeris, mereka dikecam dan dianggap tidak mendaulatkan bahasa Melayu. Saya percaya bahawa ini bukanlah suatu tindakan bijaksana untuk menyedarkan mereka. Pihak yang wewenang ataupun pihak yang mengetahuinya perlulah menyebarluaskan istilah yang telah digubal dalam bahasa Melayu ini untuk memudahkan pengguna bahasa.

Haruslah kita bersikap lebih adil dan berhemah dalam hal ini.Sebagai permulaan, saya perturunkan beberapa istilah yang telah digubal oleh DBP bagi bidang atau ranah tertentu, sebagai suatu inisiatif, mengikut swadaya yang ada dan dikurniakan Allah SWT. Mudah-mudahan dapat dimanfaatkan oleh pengunjung WITRA. Insya-Allah.
1 apartment - PANGSAPURI
2 back-drop - LATAR PENTAS
3 bungee jumping - TERJUN LELABAH
4 cash and carry - BAYAR DAN BAWA
5 check-in - DAFTAR MASUK
6 check-out - DAFTAR KELUAR
7 clearance sale - JUALAN PERABIS
8 coffee garden - UJANA KOPI
9coffee house - LAMIN KOPI
10 coffee shop - KEDAI KOPI
11 coffee terrace - ANJUNG KOPI
12 countdown - KIRA DETIK
13 cybercafe - KAFE SIBER
14 fitting room - BILIK ACU
15 homepage - LAMAN
16 homestay - PELANCONGAN DESA
17 homestead - TERATAK DESA
18 hypermarket - PASAR RAYA BESAR
19 jumbo sale - JUALAN RAKSASA
20 kiosk - KIOS/PONDOK
21 lakeside - PINGGIR TASIK
22 lounge - PERISTIRAHATAN
23 megamall - MEGAPURA

SUMBER : WITRA.BLOGSPOT.COM ( Terima kasih Tuan Munsyi )

KEGIGIHAN ORANG LAMA..



Minat yang mendalam terhadap bidang pertanian dan penternakan membuatkan aku sentiasa mencari lokasi yang serba sedikit dapat memberikan kebahagiaan mata dan hati. Biasanya pada hari-hari hujung minggu, aku akan mencari lokasi-lokasi yang dimaksudkan.Kalau dahulu, sekitar tahun 1987-1988, aku sentiasa terdedah dengan dunia veterinar dan agroculture ..tapi kini tidak lagi..

KOLAM TERNAKAN AIR TAWAR KEPUNYAAN TUAN HJ.AHMAD BIN HAMBALI

ADA IKAN TALIPIA RUPANYA


TOK MAT yang kukenali SEORANG PETANI DAN PENTERNAK YANG GIGIH

LOKASI YANG MENDAMAIKAN HATI

Tuesday, November 10, 2009

BILA KITA BERBICARA TENTANG BAHASA KEBANGSAAN


Blogger ajahare berkata...

YB Siber Mazidul,
Bila memperkatakan kebobrokan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat di Malaysia sekarang, masyarakat seharusnya meneliti beberapa aspek. Antaranya :
1. kedudukan bahasa Melayu dalam perlembagaan
2. Penguatkuasaan bahasa mengikut aktanya.

Selagi perkara itu tidak diangkat martabatnya , maka lahirlah generasi bangsa yang memperlekehkan bahasa sendiri.

Selasa, 2009 November 10 07:46:00 MYT

Blogger Mazidul Akmal Sidik berkata...

Ajahare, nanti lekat pula gelaran YB Siber :)

Usah hairan jika kini, pelajar sekolah meraih markah 98% untuk bahasa Inggeris dan 68% untuk kertas bahasa Malaysia. Malah, ada gagal kefahaman bahasa ibunda sendiri.

Saturday, November 7, 2009

JANGAN KE LOMBOK..

ULASAN SAYA UNTUK BLOG MAZIDUL AKMAL SIDIK :

ajahare berkata...
Peliklah sungguh anak dara ke mak dara malaysia ni..suka sangat kat orang sebarang laut..orang indonlah..orang bangla lah, orang afrika lah..ntah apa-apa lagi..tengok bola piala malaysia la ni lagi baguih..
Sabtu, 2009 November 07 21:01:00 MYT
Mazidul Akmal Sidik berkata...
Ajahare, saya melihat kebanyakkan warga asing berkerja di Malaysia ini rajin mencari rezeki. Fakor pendorong, pendapatan di negara mereka kecil jika membuat kerja sama.Sikap rajin, rendah diri dan keupayaan mempengaruhi pemikiran anak gadis tempatan menggunakan kata-kata manis antara pemikat mereka untuk menarik perhatian gadis tempatan.Barangkali.

Thursday, November 5, 2009

WARNA WARNI -ANUGERAH ILHAM DESA 2009

sukan rakyat
trak genset rtm

steady..abang kamera


ketua kampung mawai sedang ditemu ramah

YB Tn.Hj.Rasman bin Ithnain ( ADUN Sedili )bersama krew johor.fm

ulas YB ulas..
cakap YB cakap..

tengah syok YB bercakap tentang kawasan sedili

studio sementara johor.fm

bila nak habis ni ? panas lah pulak tempat ni..










DI SEBALIK TIRAI-ANUGERAH ILHAM DESA (2)






















DI SEBALIK TIRAI-ANUGERAH ILHAM DESA
















Tuesday, November 3, 2009

e-mel untuk saya daripada jutawan internet

Ajahare, mengapa saya berhenti jadi jurutera?


Salam ajahare,

Beberapa orang sahabat baik saya selalu bertanya mengapa saya bersusah payah
buat bisnes internet, mengapa tidak buat sahaja bisnes biasa seperti kedai
makan atau perkhidmatan.

Atau mengapa tidak teruskan sahaja bekerja sebagai jurutera disyarikat
terkemuka Jepun selepas penat belajar di luar negara terus sampai pencen dan
tak perlu pening kepala.

Bagi saya jawapannya cukup ringkas: kerana bisnes internet...

* lebih menarik
* lebih senang
* lebih murah
* lebih menguntungkan
* lebih masa terluang

Biar saya jelaskan...

*1) Dengan bisnes internet anda bebas 'bekerja' tanpa mengira tempat. Samada
di Starbucks, Cybercafe, Kolej atau dirumah sahaja. Dibandingkan dengan bisnes
biasa harus dibuat di pejabat, kilang, kedai atau tempat yang ditentukan.
Sebab tu setiap pagi, kita biasa tersangkut kena trafik jam sebab semua mesti
menuju ke destinasi masing-masing untuk bekerja. Pejabat saya, hanya beberapa
tapak pergi ke bilik bawah ;)

*2) Bisnes internet juga jauh lebih senang, hanya perlu duduk dan tekan keyboard
dan klik mouse, semuanya settle dan sambil minum nescafe panas dan tengok DVD.
Manakala, sahabat-sahabat saya terpaksa pergi jumpa pelanggan, meeting, buat
ujikaji di makmal, buat laporan dan kena sembur dengan boss kalau salah. Memang
tiada masa untuk lepak apatah lagi nak tengok DVD.

*3) Bisnes internet jauh lebih murah daripada bisnes biasa. sahabat saya pernah
mengajak saya membuka kopitiam disebuah pasaraya. Modal diperlukan RM100,000!!
Dengan bisnes internet anda hanya perlukan ebook panduan, domain dan hosting
dengan modal tidak sampai RM500 dan banyak projek bisnes internet boleh dibuat.

*4) Bisnes internet boleh untung besar!Ahli flb pro seperti Hisham yang buat
RM80,000 dalam masa beberapa bulan, Akmar surirumah yang buat RM40,000 dirumah.
Saya sendiri menjana pendapatan gaji sebulan dalam tempoh sehari sahaja dengan
bisnes internet. Kerja sehari online = Pendapatan sebulan kerja makan gaji! Yahooo..

*5) Banyak masa terluang untuk bersama keluarga, shopping, bersantai di pantai.
Dengan bisnes biasa, anda perlu habiskan tidak kurang 10 jam di pejabat atau kedai.
Doktor yang gaji 5 angka juga terpaksa makan tengahari jam 3 petang sebab pelanggan
yang ramai menunggu. Dengan bisnes online semuanya automatik!

Dan jika anda juga bertanya mengapa saya berhenti kerja dan buat bisnes internet,
diatas adalah jawapannya.

Anda bila lagi ajahare?


Demi Kejayaan Anda,

Mohd Nizam

Monday, November 2, 2009