nufnang

Tuesday, December 22, 2009

CERITA TIGA BUDAK HITAM

See full size imagePada suatu hari, tiga orang budak hitam berjalan-jalan ke dalam hutan di belakang rumah mereka. Tiba-tiba, salah seorang daripada mereka telah terjumpa sebiji botol yang bertutup gabus.Salah seorang budak hitam tersebut telah mencabut gabus penutup botol tersebut, lalu keluarlah asap yang berkepul-kepul. Maka, keluarlah Jin dari botol tersebut.
Jin tersebut ketawa terbahak-bahak kerana telah bebas dari penjara botol. Sementara itu, ketiga-tiga budak hitam tersebut gigil ketakutan. Jin berkata kepada ketiga-tiga budak hitam tersebut, " Mintalah apa-apa sahaja yang engkau mahu hai si budak hitam, aku akan tunaikan permintaan kamu kerana kamu telah menolong aku ".

Budak Hitam 1 : Tukarkan aku menjadi putih, wahai jin
Jin : Tidak ada masalah, aku tunaikan

Maka, bertukarlah warna kulit budak hitam 1 menjadi putih.

Budak Hitam 2 : Tukarkan aku menjadi lebih putih daripada budak hitam 1, wahai jin.
Jin : Pun tidak ada masalah, aku tunaikan juga.

Maka, bertukarlah warna kulit budak hitam 2 menjadi lebih putih daripada kulit budak hitam 1.

Budak Hitam 3 : Aku mintak kau tukarkan kedua-dua kawan aku tu ( budak hitam 1 dan 2 ) menjadi lebih hitam daripada aku ( hitam legam lah maksud aku.. )wahai jin.

Jin : ????? Ni yang berat aku nak tunaikan ni..


Pengajaran daripada cerita di atas :

1. Kita perlu berazam untuk berubah kepada keadaan yang lebih baik ( budak hitam 1)

2. Tidak salah kita berazam untuk berubah kepada keadaan yang lebih baik
daripada kawan kita ( persaingan secara sihat )- ( budak hitam ke- 2 )

3. Kita dilarang mempunyai hasad dengki apabila melihat perubahan orang lain sedangkan kita tidak mahukan perubahan. ( budak hitam ke -3 lah..tu)

ANDA KATEGORI BUDAK HITAM YANG MANA SATU ?

Wednesday, December 16, 2009

RAINFOREST CHALLENGE JOHOR 2009





The International Offroad Challenge of Malaysia
- Rainforest Challenge Johor

Date : 5 - 14 DECEMBER 2009
Venue : SS Hutan Ulu Sedili Besar, Bt 21, Jalan Mersing
kenderaan yang aku naiki..




















Friday, December 11, 2009

KUKORBANKAN JIWA DAN RAGAKU


Noktah terakhir buat seekor lembu..

Monday, December 7, 2009

RAINFOREST CHALLENGE JOHOR 2009

The International Offroad Challenge of Malaysia
- Rainforest Challenge Johor

Date : 5 - 14 DECEMBER 2009
Venue : SS Sutera Mall, Sekudai Johor




Buggy peserta





Dalam 4x4 isuzu redeo..best jugak kalau ambil bahagian..

Ahli kelab 4x4-RENTAS sedang berbincang...lepas ni kita ikut diorang ke ss bt.21 Hutan Simpan Jalan Mersing bro..




Kenderaan Media Rusia..ape nama benda ni?


Kenderaan Para peserta cuba melepasi halangan..






Beli baju bang..

Friday, December 4, 2009

DARI BLOG SAHABAT MUNSYI DEWAN

ISTILAH DALAM BAHASA MELAYU - BAHAGIAN 2

WAITRESS @ PRAMUSAJI

Atas permintaan rakan-rakan seperjuangan, hamba teruskan siri ke-2, Istilah dalam Bahasa Melayu. Diharapkan dengan adanya panduan ini, kita akan beroleh manfaat. Memang benar, istilah dalam bahasa Melayu tidak digunakan secara meluas lagi memandangkan sikap sebahagian besar daripada orang kita sendiri yang sentiasa memandang rendah akan upaya bahasa Melayu. Persoalannya, sampai bila?BANANA SPLIT @ PISANG SEJOLI

24 parkview - HADAP TAMAN
25 penthouse - MEGAPURI
26 resort - PERSANTAIAN
27 roadshow - JERAYAWARA
28 shop and pay - BELI DAN BAYAR
29 shuttle bus - BAS ULANG-ALIK
30 steamboat - STIMBOT
31 summer camp - KEM BINA DIRI
32 talkshow - BICARAWARA
33 tea garden - UJANA TEH
34 teleconference - TELESIDANG
35 theatrette - TEATER MINI
36 unplugged - NIRPLAG
37 user-friendly - MESRA PENGGUNA
38 virtual chat - BUAL MAYA
39 waiter - PRAMUSAJI
40 waitress - PRAMUSAJI
41 waterfront - PINGGIR AIR
42 webaholic - GILA WEB
43 wet kitchen - DAPUR BASAH
44 software - PERISIAN
45 hardware - PERKAKASAN
46 pause - JEDA
47 ballroom - DEWAN BESAR
48 banquet - BANKUET
49 buffet - BUFET
50 cocktail - KOKTEL
51 deluxe room - BILIK MEWAH
52 double room - BILIK KELAMIN
53 function room - BILIK MAJLIS
54 download - MUAT TURUN
55 access - CAPAIAN
56 budget hotel - HOTEL JIMAT
57 banana split - PISANG SEJOLI