nufnang

Friday, May 7, 2010

SISIPAN DARI BLOG SAHABAT MUNSYI ( 2)

TATABAHASA: APABILA GURU BESAR DIGANDAKAN...
Beberapa hari yang lalu, saya telah dihubungi oleh seorang guru, dan beliau bertanya tentang penggandaan kata majmuk, guru besar. Menurut guru tersebut, ada rakannya yang menyatakan bahawa kata majmuk "guru besar", apabila digandakan akan menghasilkan "guru besar-guru besar".
Saya menyatakan bahawa penggandaan demikian tidak tepat. Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (hlm. 74 - 75), contoh yang diberikan ialah:alat-alat tulis/gambar-gambar rajah/balai-balai raya/kapal-kapal terbang/suku-suku kata/garis-garis pusat/jirim-jirim organik/model-model linear/Menteri-Menteri Besar/Naib-Naib Canselor/Penolong-Penolong Pendaftar/Ketua-Ketua Menteri.
Rumusnya: Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja.Kecualian: Penggandaan melibatkan keseluruhan unsur apabila melibatkan kata majmuk yang telah mantap. Contoh:pesuruhjaya-pesuruhjayawarganegara-warganegaratandatangan-tandatanganjawatankuasa-jawatankuasasetiausaha-setiausahaPenyelesaian: Masalah guru tersebut dapat diselesaikan sekiranya kita berpegang pada rumus, seperti yang ditentukan oleh Tatabahasa Dewan.
Salah: guru besar-guru besar
Betul: guru-guru besar