nufnang

Wednesday, July 15, 2015

SYAWAL & PERBAHASAN TENTANG ADAB-ADAB ZIARAH


(Hadis riwayat Ahmad) 

Adab Ketika Berziarah

Antara adab berkunjung bukan saja pada hari raya, malah pada bila-bila masa adalah:

1. Meminta izin dan memberi salam.

Jika salam pertama tidak dijawab, ulangi tiga kali. Jika masih tiada jawapan, beredar dengan hati lapang tanpa menyimpan prasangka buruk terhadap tuan rumah.

Dalam hadis sahih, Abu Musa berkata, dia mendengar Rasulullah bersabda maksudnya: Apabila kamu meminta izin sebanyak tiga kali, tetapi tidak mendapat keizinan, hendaklah kamu beredar.

Tidak berdiri menghadap pintu, sebaliknya berdiri menghadap ke arah lain. Jadikan pintu berada di sebelah kanan atau kiri. Hal ini untuk mengelak pengunjung terpandang aurat tuan rumah atau terpandang sesuatu yang tidak elok apabila pintu dibuka. (Rujuk hadis riwayat Abu Daud daripada Abdullah bin Basyar)

2. Jangan menyusahkan tuan rumah.

Muslim meriwayatkan daripada Abi Syuraih bahawa Rasulullah bersabda maksudnya: Tidak halal bagi seseorang Muslim tinggal di rumah saudaranya hingga menyebabkan dia berdosa.

Mereka bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana dia boleh menyebabkan sahabatnya berdosa? Baginda menjawab: Dia tinggal di rumah saudaranya sedangkan saudaranya itu tidak ada sesuatu pun untuk dihidangkan kepadanya.

Jadi, jika hendak bertandang, jangan tinggal lebih tiga hari atau ketika saudara berada dalam kesempitan.

3. Bermanis muka serta jauhi perkataan haram dan sia-sia.

Daripada Abu Zarr katanya, Rasulullah berkata kepadaku: Jangan engkau perkecilkan perkara yang baik itu walaupun sedikit, termasuk bertemu saudaramu dengan wajah ceria. (Hadis riwayat Muslim)

4. Segera beredar apabila tujuan kedatangan sudah terlaksana.

Dalam ayat berikut, Allah mengajar sahabat adab berkunjung ke rumah Nabi Muhammad yang wajar dicontohi. Firman-Nya bermaksud: Wahai orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke rumah Nabi (menunggu makanan masak kerana hendak makan bersama), kecuali kamu dijemput untuk menghadiri jamuan, bukan dengan menunggu masa sajiannya; tetapi apabila kamu dijemput maka masuklah (pada waktu yang ditetapkan); kemudian selepas kamu makan, maka hendaklah masing-masing bersurai dan janganlah duduk bersenang-senang dengan berbual-bual. Sesungguhnya yang demikian itu menyakiti dan menyusahkan Nabi hingga dia berasa malu (hendak menyatakan hal itu) kepada kamu, sedangkan Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran. (Surah al-Ahzab, ayat 53)

5. Jaga batas pergaulan khususnya dengan isteri tuan rumah (bagi tetamu lelaki).

Firman Allah bermaksud: Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta daripada isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka daripada sebalik tabir. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka.(Surah al-Ahzab, ayat 53)


Adab serta kelebihan menyambut tetamu.

Menyambut dan memuliakan tetamu adalah kemuliaan yang dituntut Islam. Ini dianggap satu daripada tanda keimanan seseorang.

Sabda Nabi bermaksud: Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. (Sebahagian daripada hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah)

Adab menyambut tetamu ialah:

1. Menjawab salam dengan cara lebih baik atau sekurang-kurangnya sama dengan ucapan yang diterima.

Firman Allah bermaksud: Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balas (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (Surah an-Nisa, ayat 86)

Contohnya, jika tetamu berkata Assalamualaikum, jawab dengan Waalaikumusalam Wa Rahmatullah.

2. Persilakan tetamu masuk dengan kata-kata yang baik dan muka manis sambil berjabat tangannya.

Daripada Al-Barra bahawa Rasulullah bersabda maksudnya: Apabila bertemu dua Muslim dan berjabat tangan, diampunkan dosa kedua-duanya sebelum mereka berpisah. (Hadis riwayat Abu Daud)

Bagaimanapun, berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram dilarang.

3. Jika tetamu datang dari jauh harus dipeluk dan dicium.

Saidatina Aisyah berkata: Ketika Zaid Harithah tiba di Madinah, Rasulullah berada di rumahnya. Beliau datang ke rumah dan mengetuk pintu. Baginda bangkit lantas memeluk dan menciumnya. (Hadis riwayat at-Tirmizi)

4. Segera hidangkan makanan dan minuman paling baik sekadar termampu.

Kalau boleh pada hari pertama, tetamu dijamu hidangan lebih istimewa daripada kebiasaan.

Allah menceritakan bagaimana Nabi Ibrahim menyambut tetamu dalam firman-Nya bermaksud: Dan sesungguhnya telah datang malaikat utusan Kami kepada Nabi Ibrahim dengan membawa berita yang menggembirakan. Mereka memberi salam dengan berkata: Salam sejahtera kepadamu (wahai Ibrahim). Nabi Ibrahim menjawab: Salam sejahtera kepada kamu. Maka tidak berapa lama selepas itu, dia membawa jamuan untuk mereka; seekor anak lembu yang dipanggang. (Surah Hud, ayat 69)

5. Menunaikan hak tetamu dengan sebaik-baiknya iaitu menyediakan makanan dan minumannya selama tiga hari tiga malam.

Jika tetamu menginap lebih lama, anggaplah apa yang disediakan selepas itu sebagai sedekah yang diberi ganjaran pahala berlipat ganda. Sekiranya kesempitan, berbincang dengan mereka secara bijaksana.

Selamat  Hari Raya Aidilfitri
Maaf  zahir dan  batin.
Sumber: teamusrah

Wednesday, December 5, 2012

Nota :
Admin  sedang melakukan perubahan untuk menaiktaraf blog ini. Segala kesulitan amat dikesali. Sekian. 

Monday, June 25, 2012

TEORI INTEGRASI

Segregasi > Akomodasi > Akulturasi > Asimilasi > Amalgamasi

Monday, December 19, 2011

ILMU PENGURUSAN-Secebis Nota Dalam Simpanan (Siri 2)

PENGURUSAN ialah proses yang dilakukan oleh seseorang yang berada pada kedudukan berautoriti, menurunkan tugas-tugas dan tanggungjawab tertentu kepada orang di bawah kawalannya ( pekerjanya) untuk dilaksanakan.

#Menurut Thandi

Management is the process performed by a person who is in a position of authority, reducing the duties and responsibilities to a person under his control (employees) to be implemented.

# According to Thandi


La gerencia es el proceso realizado por una persona que se encuentra en una posición de autoridad, la reducción de las obligaciones y responsabilidades a una persona bajo su control (los empleados) que será implementado.

# Según Thandi

Tuesday, December 13, 2011

ILMU PENGURUSAN-Secebis Nota Dalam Simpanan

Pengurusan ialah proses untuk mencapai matlamat=matlamat organisasi melalui penglibatan dalam empat fungsi utama iaitu,
Perancangan ( Planning ),
Penyelarasan ( Organizing),
Memimpin(Lead)dan
Pengawalan ( Controlling)

#Menurut Bartol And Martin

Tuesday, November 29, 2011

TAHNIAH HARIMAU MUDA...

Teruskan perjuangan..kembalikan kegemilangan ...

Tuesday, October 4, 2011

Aku Suka puisi Ini...

Friday, September 30, 2011

PELANCARAN PROGRAM LINTASAN PEJALAN KAKI SEARAS 1MALAYSIA

PELANCARAN PROGRAM LINTASAN PEJALAN KAKI SEARAS 1MALAYSIA
OLEH :YB DATO' SHAZIMAN ABU MANSOR
MENTERI KERJA RAYA MALAYSIA
TARIKH : 29 SEPTEMBER 2011
MASA ; 2.30 PETANG
TEMPAT : SK.MAWAI KOTA TINGGI



















Monday, September 5, 2011

ERTI SEBUAH KETENANGAN DAN KEBAHAGIAAN ?

TERIMA KASIH DR.MAZA :





SEMOGA KITA BEROLEH MANFAAT DARIPADA PAPARAN VISUAL DI ATAS.

Thursday, August 11, 2011

RAMADHAN KAREEM...


Sunday, June 5, 2011

SMKTSJA DALAM KENANGAN...


Bekas pelajar MKKTSJA ternyata berbangga dapat menyertai majlis pertemuan semula para pelajar Sesi 1979 - 1983 di SMKTSJA Tanjung Sedili di Kota Tinggi, baru-baru ini.

Sumber : Utusan online

KOTA TINGGI 4 Jun - Selepas meninggalkan alam persekolahan kira-kira 28 tahun lalu, lebih 58 bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Jaafar Albar (SMKTSJA) Tanjung Sedili dekat sini, mengadakan majlis perjumpaan semula di sini, baru-baru ini.

Kesemua mereka yang memulakan pengajian dari tingkatan satu pada 1979 hingga tamat tingkatan lima pada 1983, kini berusia 45 tahun dan berhimpun semula dengan membawa ahli keluarga masing-masing.

Seorang ahli jawatankuasa penganjur, Salmah Mohd. Salleh berkata, tujuan utama program itu diadakan ialah untuk merapatkan silaturahim dalam kalangan bekas pelajar bersempena cuti sekolah apabila kebanyakan mereka pulang bercuti di kampung halaman.

"Selain itu, majlis ini diadakan sebagai menghargai jasa dan bakti guru-guru yang telah mendidik kami menjadi insan yang berjaya," katanya yang merupakan ibu kepada lima anak dan menetap di Bandar Baru Uda, Johor Bahru ketika ditemui pada majlis tersebut.

Turut hadir adalah bekas guru yang kini memegang jawatan Pegawai Pelajaran Daerah Kota Tinggi, Md. Buang Saibani dan juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi, Mesran Tukiman yang juga bekas pelajar SMKTSJA.

Bagi Abu Bakar Ismail pula, dia tidak menyangka dapat bertemu semula dengan rakan-rakan sekelas dan juga para guru yang pernah mengajar mereka dahulu.

Katanya, pertemuan yang diilhamkan kira-kira dua bulan lalu itu berjaya direalisasikan hasil kerjasama rakan-rakan yang bertungkus-lumus mencari bekas pelajar termasuk melalui laman sosial Facebook.

"Berikutan kejayaan mengumpulkan rakan-rakan lama, kami bercadang mengadakan pertemuan yang lebih besar pada masa akan datang," katanya lagi.

Monday, May 9, 2011

Pemasangan sistem paip jaringan penternakan burung walit

Sumber Artikel : UTUSAN ONLINE

Pemasangan sistem paip jaringan penternakan burung walit

SIRI Inovasi bersama Zull kali ini akan menceritakan tentang pemasangan sistem paip jaringan rumah walit.

Dalam penternakan walit, sistem paip jaringan adalah sangat penting kerana ia berfungsi mengawal kelembapan rumah walit tersebut.

Ini penting supaya ia berada dalam kelembapan semula jadi atau seperti di dalam gua yang sama dengan habitatnya yang sebenar.

Sistem paip jaringan adalah sangat penting untuk menarik minat burung walit.

Sistem ini diletakkan pada bahagian bumbung dan dalam bangunan.

Untuk mendapatkan percikan air yang sempurna dalam sistem harus memilih nozel yang tepat dan yang terbaik.

Nozel mempunyai pelbagai jenis iaitu halus, sederhana dan kasar. Jika mengunakan halus,air yang dikeluarkan seperti kabus.

Jika menggunakan yang kasar ia boleh membasahkan pakaian. Nozel tersebut boleh didapati dari pasaran yang berhampiran.

Apa yang perlu dibuat pada sistem ini adalah menyambungkan sebatang paip PVC ke pam dan pada paip tersebut harus ditebuk dan dipasangkan dengan nozel.

Untuk mendapatkan kejituan pada sistem harus menambahkan kelembapan (humidity) sensor yang disambung pada geganti (relay).

Pada para pembaca dan peminat MEGA, inovasi yang kurang memahami cara-cara penyambungan boleh rujuk pada inovasi-inovasi sebelum ini yang telah dibincangkan.

Sila dapatkan maklumat-maklumat inovasi tersebut rujuk pada Utusan Online.(www.utusan.com.my)

Harus diingat penggunaan penyukat suhu dan kelembapan satu set mengandungi dua unit yang masing-masing berfungsi untuk menyukat suhu dan kelembapan dalam rumah burung walit dan unit yang lebih besar diletak dalam bilik kawalan tanpa wayar, untuk bacaan suhu dan kelembapan.

Amat berguna untuk memantau suhu dan kelembapan rumah burung tersebut.

Bersambung pada minggu hadapan dengan sistem kawalan keselamatan walit. Selamat mencuba!

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh email kepada mail@zulldesign.com.my

Alat-alat yang digunakan

nNozel

nPaip PVC ½"

nPum

nTangki air

nTimer

nPengesan kelembapan (humidity sensor)

Tuesday, April 26, 2011

MANTAP ?

ANAK MELAYU JUGA HEBAT..

Tuesday, April 19, 2011

BETUL-BETUL TERJADI ?

Monday, March 28, 2011

KEUNIKAN REKA BENTUK BANGUNAN...

Erwin Wurm: House Attack (Viena, Austria)
Erwin Wurm: House Attack (Viena, Austria)

Monday, February 28, 2011

KERJAYA SI PENOREH GETAH 2011

DAHULU LAIN..SEKARANG LAIN...

Tuesday, January 18, 2011

Catatan Si Burung Walit dan Si Penoreh Getah ( Siri 2 )

Bila ramai sangat manusia yang kacau sarang Si Walit, Si Walit mulalah merajuk berpindah ke kawasan darat .Mencari ketenangan agaknya. Hari ini, nasib Si Walit agak terbela.Mana tidaknya manusia sanggup berhabis beratus ribu ringgit untuk membela nasib Si Walit. Mereka membina rumah yang cantik untuk Si Walit, kadang-kadang rumah Si Walit yang mereka bina itu jauh lebih cantik daripada rumah kediaman mereka sendiri. Jujur dan ikhlas ke sikap manusia ni? Nak membela nasib Si Walit kononnya... Kita kenalah terima hakikat bahawa manalah ada orang yang sanggup berkorban wang ringgit hanya kerana nak membela nasib haiwan seperti Si Walit. Tentu ada udang di sebalik batu..mana tidaknya, hari ini kalau manusia dapat melonggokkan sekilo sarang burung walit dah tentu mereka dapat habuan RM 8 ribu..

disambung..

Catatan Si Burung Walit dan Si Penoreh Getah ( Siri 1 )

Pada suatu ketika dahulu, si haiwan yang satu ni tidak ada sesiapapun yang memperdulikannya. Hidup seperti haiwan-haiwan yang lainnya, membuat sarang di dalam gua, bebas berterbangan mencari makan, bertelur dan membiak, pulang ke sarang setelah senja berlalu.Begitulah rutinnya setiap hari. Hidup penuh kebebasan disulam kegembiraan. Setelah manusia menyedari betapa bernilainya hidup seekor walit, manusia mula menganggu gugat kehidupannya. Mula-mula sarangnya di dalam gua diambil sesuka hati...

bersambung..