nufnang

Thursday, December 3, 2009

KECUAIAN MANUSIA DARI ASPEK TEKNIKAL..





Teliti gambar-gambar di bawah:
Insiden berlaku yang melibatkan jentera berat iaitu KOBE terbalik dan terbenam
Gambar ini dikirimkan kepada saya melalui bluetooth hp oleh rakan saya( tuan punya) mesin tersebut.
Saya berpendapat bahawa kecuaian manusia dari aspek teknikal boleh mengakibatkan kejadian seperti ini akan terus berlaku..
Hakikatnya, kerja manusia seringkali tidak sempurna.




KOBE terbenam di tanah gambut

KOBE terbalik..percaya ke tidak ?


Kecuaian pemandu treler punca KOBE ini terbalik





Tuesday, December 1, 2009

CUTI-CUTI KELUARGA..SERONOK

Dara pujaan- Ain Ros Syuhada puteri kepada Rudy Putra Zul Fakar..ok baby ni..

Wan Mohd Shoir, Budriz dan Mukriz - 'makang' sate ke?

Kak Yaya, Tira dan Mukriz - layan kek 'hari lahir '..

Majlis Sambutan Hari lahir Kak Yaya dengan Mak Ngah..

Front Page - Kek Hari lahir kak Yaya dengan Mak Ngah
Singah sebentar di Teluk Cempedak, Pahang

Cantik pemandangan di Teluk Cempedak ni, berbeza kedaannya 20 tahun yang lepas..

Pak Long -Wan Syukri pun nak tangkap hensem jugak..

Kak Yaya, Tira dan Sohir

Mak Ngah pun nak posing juga..

Abang Bob ambil kesempatan tunjuk skill di depan KFC Teluk Cempedak..

Kak Yaya, Tira, Abang Bob dan Shoir

Sedap naik ' flight ' Abang Bob ???

kat mana ni ?

Cuba teka ?

Di selatan tanah air ?

Kawasan Nelayan ?

Carilah sendiri..di mana lokasinya..

HADIAH YANG DIRAIH-MOGA MENJADI PERANGSANG ANAKKU..

Nilai hadiah bukan diukur dari kos, tetapi ' sentimental value'nya..
Kejayaan kakak turut dikongsi bersama dengan adik
Kakak dah buktikan kepada abah bahawa kakak boleh berjaya..
Terima kasih kepada semua cikgu yang mendidik anakku..

Friday, November 20, 2009

KEHADIRAN KITA - ANAK TERASA DIHARGAI

Sesibuk manapun kita dalam meneruskan kelangsungan hidup, hal pendidikan anak-anak jangan diabaikan. Ambillah cuti sehari,jika di sekolah anak kita ada majlis yang menuntut kehadiran kita di situ. Susah ke nak buat macam tu?
Terlalu besar ertinya buat seorang anak seandainya kejayaan yang diraih dikongsi bersama-sama kita. Kehadiran kita di situ, anak terasa dihargai.

Wednesday, November 18, 2009

ILMU NUJUM DAN RAMALAN:perspektif masyarakat Melayu

Ilmu nujum dalam kebudayaan Melayu selalu dikaitkan dengan ramalan mengenai nasib manusia yang dipengaruhi oleh alam sekitarnya sehingga lebih mendekati makna astrologi. Ianya mengandungi pengetahuan mengenai ilmu kutika atau ketika, nujum, raksi, firasat, takbir, dan katuranggan. Ilmu kutika atau ketika adalah ilmu untuk mencari waktu yang baik dalam melakukan suatu upacara, membuat peralatan, memulai pekerjaan bercocok tanam dan pekerjaan lain yang penting dalam kehidupan sehari-hari. Nujum, ramalan, dan rejang adalah ilmu untuk mengetahui apa yang telah dan akan berlaku berdasarkan perhitungan hari dalam seminggu, sebulan, atau setahun. Rejang adalah ilmu yang merujuk kepada binatang-binatang yang dihubungkan dengan ramalan terhadap suatu kejadian. Raksi atau kias adalah ilmu untuk meramalkan keserasian pasangan yang akan menikah; juga keserasian hari dan waktu untuk menjalankan suatu pekerjaan. Ilmu firasat adalah ilmu untuk mengetahui perilaku seseorang berdasarkan bentuk tubuh, tanda-tanda pada tubuh, wajah, bahkan bau keringat seseorang. Takbir, khususnya takbir mimpi adalah bentuk ramalan dengan menafsirkan mimpi seseorang menurut waktu, hari, dan sebagainya. Katuranggan, padah, atau alamat adalah ilmu untuk meramalkan perilaku binatang berdasarkan tanda-tanda pada tubuh dan gerak-geriknya.

Buku yang berkaitan dengan Ramalan dan Nujumseperti Tajul Muluk dan Ilmu Bintang 7 atau 12 adalah contoh penulisan berkaitan dengan kepercayaan dan pola pikir masyarakat Melayu yang membicara tentang hubungan manusia dengan tanda-tanda alam seperti ombak, angin, dan bintang, tafsir mimpi, perubatan, perhubungan suami istri, ilmu pelangkah yang menentukan hari-hari baik dalam menjalankan usaha berdagang, berperang, atau bercocok tanam (yang dikenali sebagai ilmu kutika / ketika), jadual perhitungan hari baik dan nahas dalam satu tahun, ramalan atas barang-barang yang hilang hingga doa-doa yang dapat digunakan untuk keperluan tertentu.

sumber : http://nujumabunawas.blogspot.com/

Tuesday, November 17, 2009

CERITA PENGLIPUR LARA - CARA HIDUP DAN BERFIKIR MASYARAKAT MELAYU ZAMAN DAHULU




BUKU CERITA PENGLIPUR LARA -RAJA DONAN
Terbitan : DBP ( 1963 )




Kesempatan yang terluang mengizinkan aku untuk membelek-belek beberapa buah naskah buku cerita lama terbitan DBP sekitar tahun 1960 an. Aku sempat juga membaca cerita "Raja Donan ".Cerita Raja Donan ini telah dituturkan oleh seorang penutur cerita penglipur lara iaitu Esah binti Muhammad Akil pada 14 JUN 1961 di Temerloh , Pahang dan telah didokumentasikan oleh Che' Zaharah Khalid.Naskah buku penglipur lara ini diterbitkan oleh DBP pada tahun 1963.

Meneliti kandungan isi buku cerita ini, membuatkan aku terpukau dengan penggunaan sistem ejaan lama, gaya bahasanya yang tersendiri dan keunikan pemakaian kosa katanya. Itulah kekuatan 'karya' dahulu.





-harapan seorang raja terhadap putera pengganti tahtanya.

Thursday, November 12, 2009

DARI BLOG SAHABAT: MUNSYI DEWAN - DBP

ISTILAH DALAM BAHASA MELAYU - BAHAGIAN 1

PREPAID ATAU PRABAYAR? Dalam usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu, kita haruslah sedar bahawa bukan semua golongan yang mengetahui terjemahan atau padanan yang betul dalam bahasa Melayu bagi istilah/perkataan yang lazim digunakan dalam bahasa Inggeris.

Selepas golongan ini menggunakan bahasa Inggeris, mereka dikecam dan dianggap tidak mendaulatkan bahasa Melayu. Saya percaya bahawa ini bukanlah suatu tindakan bijaksana untuk menyedarkan mereka. Pihak yang wewenang ataupun pihak yang mengetahuinya perlulah menyebarluaskan istilah yang telah digubal dalam bahasa Melayu ini untuk memudahkan pengguna bahasa.

Haruslah kita bersikap lebih adil dan berhemah dalam hal ini.Sebagai permulaan, saya perturunkan beberapa istilah yang telah digubal oleh DBP bagi bidang atau ranah tertentu, sebagai suatu inisiatif, mengikut swadaya yang ada dan dikurniakan Allah SWT. Mudah-mudahan dapat dimanfaatkan oleh pengunjung WITRA. Insya-Allah.
1 apartment - PANGSAPURI
2 back-drop - LATAR PENTAS
3 bungee jumping - TERJUN LELABAH
4 cash and carry - BAYAR DAN BAWA
5 check-in - DAFTAR MASUK
6 check-out - DAFTAR KELUAR
7 clearance sale - JUALAN PERABIS
8 coffee garden - UJANA KOPI
9coffee house - LAMIN KOPI
10 coffee shop - KEDAI KOPI
11 coffee terrace - ANJUNG KOPI
12 countdown - KIRA DETIK
13 cybercafe - KAFE SIBER
14 fitting room - BILIK ACU
15 homepage - LAMAN
16 homestay - PELANCONGAN DESA
17 homestead - TERATAK DESA
18 hypermarket - PASAR RAYA BESAR
19 jumbo sale - JUALAN RAKSASA
20 kiosk - KIOS/PONDOK
21 lakeside - PINGGIR TASIK
22 lounge - PERISTIRAHATAN
23 megamall - MEGAPURA

SUMBER : WITRA.BLOGSPOT.COM ( Terima kasih Tuan Munsyi )