nufnang

Monday, March 28, 2011

KEUNIKAN REKA BENTUK BANGUNAN...

Erwin Wurm: House Attack (Viena, Austria)
Erwin Wurm: House Attack (Viena, Austria)

Monday, February 28, 2011

KERJAYA SI PENOREH GETAH 2011

DAHULU LAIN..SEKARANG LAIN...

Tuesday, January 18, 2011

Catatan Si Burung Walit dan Si Penoreh Getah ( Siri 2 )

Bila ramai sangat manusia yang kacau sarang Si Walit, Si Walit mulalah merajuk berpindah ke kawasan darat .Mencari ketenangan agaknya. Hari ini, nasib Si Walit agak terbela.Mana tidaknya manusia sanggup berhabis beratus ribu ringgit untuk membela nasib Si Walit. Mereka membina rumah yang cantik untuk Si Walit, kadang-kadang rumah Si Walit yang mereka bina itu jauh lebih cantik daripada rumah kediaman mereka sendiri. Jujur dan ikhlas ke sikap manusia ni? Nak membela nasib Si Walit kononnya... Kita kenalah terima hakikat bahawa manalah ada orang yang sanggup berkorban wang ringgit hanya kerana nak membela nasib haiwan seperti Si Walit. Tentu ada udang di sebalik batu..mana tidaknya, hari ini kalau manusia dapat melonggokkan sekilo sarang burung walit dah tentu mereka dapat habuan RM 8 ribu..

disambung..

Catatan Si Burung Walit dan Si Penoreh Getah ( Siri 1 )

Pada suatu ketika dahulu, si haiwan yang satu ni tidak ada sesiapapun yang memperdulikannya. Hidup seperti haiwan-haiwan yang lainnya, membuat sarang di dalam gua, bebas berterbangan mencari makan, bertelur dan membiak, pulang ke sarang setelah senja berlalu.Begitulah rutinnya setiap hari. Hidup penuh kebebasan disulam kegembiraan. Setelah manusia menyedari betapa bernilainya hidup seekor walit, manusia mula menganggu gugat kehidupannya. Mula-mula sarangnya di dalam gua diambil sesuka hati...

bersambung..

Tuesday, December 14, 2010

PROFIL PROJEK BANGUNAN WALIT TELAH DISIAPKAN

NAMA PEMILIK BANGUNAN : ENCIK SAMSUL BIN HJ.SAHALAN
NO.K.PENGENALAN : 730502- 01 - 5945
TARIKH MULA PROJEK :29.05.2010
TARIKH SIAP PROJEK : 12. 11.2010

Monday, November 15, 2010

TERIMA KASIH, KEPAKARAN ANDA DIHARGAI..

Ah Tee , dari Pulau Buru, Tanjung Balai, Indonesia yang kami datangkan khas semata-mata untuk memberikan perkhidmatan terbaik dari aspek 'sistem audio' bangunan sarang burung En.Samsul Hj. Sahalan

Zainal, dengan panggilan mesra 'Bah Enal ' merupakan KEPALA TUKANG yang penuh dengan kepakaran dan pengalaman dari aspek seni bina bangunan burung walit,
juga kami datangkan khas dari Pulau Buru , Tanjung Balai, Indonesia.

TERIMA KASIH KEPADA ANDA BERDUA..nanti kita jumpa lagi di Tanjung Balai.

Monday, October 25, 2010

SIAPAKAH YANG BEKERJA ?

Aku atau engkau ?Sebenarnya, kita mempunyai tanggung jawab masing-masing..kau buat kerja kau..aku buat kerja aku..matlamat kita sama, menyiapkan bangunan ini dengan segera!!!