nufnang

Thursday, October 29, 2009

KEKUATAN BAHASA PADA NAHUNYA..

Blogger ajahare said...

tuan munsyi,
maafkan saya terkeluar tajuk..
minta tolong perjelaskan ayat di bawah:

Jam tangan itu cantik____harganya mahal.

Ramai rakan sejawat kata, jawapannya "tetapi".Saya menyatakan bahawa ayat tersebut merupakan ayat majmuk yang digabung melalui 2 ayat tunggal iaitu :
-jam itu cantik
-jam itu harganya mahal

Jadi, jawapan yang saya berikan ialah " dan ". Kata hubung "tetapi" boleh digunakan jika ayatnya begini, Jam tangan itu cantik tetapi harganya murah. Betul ke alasan yang saya berikan kepada rakan-rakan tu..

9:19 AM

Blogger Azhar Salleh said...

Salam AJAHARE,
Sekali baca, memang seolah-olah jawabannya ialah "tetapi". Namun jika dihalusi, "tetapi" akan menjurus kepada pertentangan maklumat atau fakta. Contoh lain yang dipetik daripada Tatabahasa Dewan; Ahamd lulus ujian itu tetapi adiknya gagal. Ahmad lulus, adiknya gagal, jelas memperlihatkan pertentangan maklumat. Cantik dan mahal tidak menunjukkan pertentangan maklumat kerana yang cantik sudah semestinya mahal. Jadi, jawapan saudara kepada rakan sejawat adalah betul.

8:32 AM