nufnang

Tuesday, July 27, 2010

SENI FOTOGRAFI DI MANA-MANA..



Menghasilkan karya seni fotografi tidak terikat di dalam, di luar studio atau di mana-mana sahaja , tidak terikat juga dengan penggunaan kamera canggih atau sebaliknya..yang paling penting idea untuk menghasilkannya serta kreativiti orang yang menghasilkannya..BETUL?

Wednesday, July 21, 2010

TERINGAT-INGAT..

Mybag Fbab SALAM MEKGU AMBOIIIIIIIIII DATANG AFRIKA TAK CALL SAYA , APE2 PU WORLD CUP DAH HABIS SELAMAT PULANG KE MALAYSIA

July 16 at 10:32pm · · · See Wall-to-Wall
Rindu Malamku Syahdu
Rindu Malamku Syahdu
AKU XDPT CONTACT KO LAH..NO HP XTAU..MENYASAU AKU KAT JBURG..
Monday at 11:59am · ·
Rindu Malamku Syahdu
Rindu Malamku Syahdu
KO DUDUK KAT PRETORIA..PASAL APE SOP..JAUH TU DENGAN JBURG..
Monday at 12:10pm · ·
Rindu Malamku Syahdu

Rindu Malamku Syahdu MLM MASIH MUDA KAT J BERG NI..BRU KUL 2.30 PG..SELAMAT TINGGAL AFRICA..GOOD BYE WORLD CUP..ESK BERANGKAT PULANG KE TANAH AIR..

July 13 at 8:31am · ·
Rindu Malamku Syahdu

Rindu Malamku Syahdu sejuk rupanya kat afrika ni..tp xpe janji aku dah dpt tiket untuk tengok final secara live..

July 7 at 8:43pm · ·

Monday, July 19, 2010

PEMBANGUNAN INDUSTRI BURUNG WALIT MALAYSIA ..

DIPETIK DARIPADA BLOG MOA : BLOG RASMI KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA

Kenyataan Media : Pembangunan Industri Burung Walit Malaysia

Oleh;

Y.B. DATUK SERI NOH BIN HAJI OMAR

Menteri Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia

12 Julai 2010 (Isnin)

ROAD MAP

PEMBANGUNAN INDUSTRI BURUNG WALIT NEGARA

Pada 1 April 2009, Kerajaan telah memutuskan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dilantik sebagai agensi peneraju bagi merancang pembangunan industri burung walit di negara ini. Berikutan dari arahan itu, JPV telah melaksanakan usaha-usaha menyelaras undang-undang dan peraturan beserta garis panduan yang menjadi wadah utama untuk memantapkan Industri Walit keseluruhannya. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menerusi JPV telah mengambil beberapa tindakan bagi pembangunan industri burung walit seperti:

  • menyediakan satu Garis Panduan (1GP) Pembangunan Industri Burung Walit Negara yang menyeluruh untuk diguna pakai oleh pelbagai agensi yang terlibat bertujuan untuk menyelaras dan mengharmonikan pelbagai peraturan pelaksanaan aktiviti penternakan dan pemprosesan serta kegiatan import dan eksport sarang burung walit agar ia lebih tersusun dan berdaya maju; dan
  • menyediakan Kerangka Pelan Induk Pembangunan Industri Burung Walit.

Justeru itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah merangka pelan induk pembangunan industri sarang burung walit bagi menambah bilangan pengusaha yang mampan dari kalangan pelbagai lapisan masyarakat untuk melibatkan diri dalam penternakan burung walit dan perusahaan sarang burung walit. Perancangan pelaksanaan pelan induk ini merangkumi tempoh sehingga tahun 2020 telah menggariskan tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan oleh pelbagai agensi yang terlibat dalam menjayakan pembangunan industri sarang burung walit di negara ini. Objektif serta strategi pelan induk ini adalah bertujuan untuk mencapai Bidang Keberhasilan Utama (KRA) dalam meningkatkan pengeluaran sarang burung walit daripada 250 tan metrik bernilai RM1 bilion pada tahun 2008 kepada 500 tan metrik dengan anggaran nilai sebanyak RM5 bilion pada tahun 2020.

Bagi mencapai pengeluaran yang telah dirancang, pelan induk pembangunan industri sarang burung walit ini menggariskan 7 Bidang Keberhasilan Utama yang perlu dicapai iaitu:

  • Undang-undang dan peraturan serta garis panduan yang menyeluruh bagi pembangunan industri burung walit;
  • Premis perladangan burung walit yang mapan dan mesra alam;
  • Pengeluaran produk sarang burung walit bebas penyakit haiwan;
  • Pembangunan peluang pemasaran dan pengiktirafan standard sarang burung walit di persada dunia;
  • Peningkatan kecekapan dalam penghasilan produk melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D);
  • Mengadakan dana bagi perladangan dan pemprosesan sarang burung walit melibatkan penyertaan golongan miskin dan miskin tegar; dan
  • Pembangunan guna tenaga manusia yang mahir dan cekap dalam membangunkan industri sarang burung walit.

Sehubungan itu, 1GP telah dibentangkan di Mesyuarat Jemaah Menteri pada 9 Julai 2010 dan telah diluluskan. Ia merangkumi Tatacara Good Animal Husbandry Practices (GAHP) MS 2237:2009 (P), Good Manufacturing Practice (GMP) dan Edible-Birdnest (EBN) – Spesifikasi MS 2334:2010 (P), Import/Eksport, Penyelarasan Jabatan Perancang Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Pendaftaran, Perlesenan serta rujukan norma-norma berkaitan.

Di samping itu, garis panduan ini turut memperuntukkan kaedah pendaftaran premis burung walit di seluruh negara. Untuk tujuan ini, JPV akan membangunkan sistem pendaftaran premis penternakan burung walit melalui laman web burungwalit.com.my secara berperingkat-peringkat. Pendaftaran premis burung walit boleh dicapai oleh pelbagai pihak secara maya. Setiap premis akan diberikan nombor Radio Frequency Identification (RFID) bagi memudahkan pengenalan dan tindakan daya jejak. Kad pengenalan premis akan dikeluarkan oleh JPV. Pendaftaran premis burung walit boleh dibuat sehingga akhir tahun 2010. Akta Binatang 1953 (Kaedah-Kaedah Binatang – Pendaftaran Premis Burung Walit 2010) akan diwujudkan dan ketika ini sedang diteliti oleh Jabatan Peguam Negara.

Sehingga kini 5 buah loji pengeluaran produk sarang burung walit untuk eksport telah mendapat pensijilan Veterinary Health Mark (VHM). Eksport sarang walit terus menunjukkan peningkatan dan pasaran eksport ke negara China telah meningkat dari 4,965 kg tahun 2006 kepada 51,763 kg pada tahun 2007. Singapura, Hong Kong, Indonesia dan Taiwan juga merupakan pengimport utama sarang burung walit dari negara ini. Kebanyakan eksport sarang burung walit adalah dalam bentuk mentah (raw unclean).

Kesedaran awam perlu dipupuk bagi meningkat kefahaman yang jelas tentang industri walit dari aspek pengenalan burung walit serta kesan industri pada orang awam. Justeru, perusahaan walit memberi tambah nilai kepada eko-sistem, tanah terbiar dan hutan. Ini juga membantu dalam meningkatkan pendapatan kemiskinan bandar dan luarbandar dengan program yang telah dirangka oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.