nufnang

Wednesday, October 14, 2009

ORANG DAHULU LEBIH KREATIF ?



ALAT MUZIK
ORANG DAHULU..
Kadang kala kita perlu mengakui hakikat bahawa masyarakat Melayu dahulu lebih kreatif berbanding generasi sekarang. Kita imbas zaman dahulu, mana ada budak-budak dahulu bermain sebarang permainan yang dibeli di kedai..kalau nak belipun, berapa ramai yang mampu beli barang-barang permainan tersebut di kedai?

Budak-budak dahulu reka cipta apa sahaja untuk menjadikan permainan mereka. Contohnya nak main kereta, mereka rekacipta kereta daripada kotak rokok, nak main ' tembak-tembak' mereka cipta senapang daripada papan..habis papan yang hendak dibuat rumah, mereka kerjakan.Kalau nak diceritakan memang banyak dan panjang lebar kisah budak-budak dahulu tentang kekreatifan mereka.Cuba kita timbulkan persoalan tentang kekreatifan budak-budak sekarang? Susah hendak mencari budak-budak yang betul-betul kreatif sebab banyak faktor mempengaruhi kelembapan kreativiti mereka. Contohnya, mereka dilahirkan dalam keadaan serba ada..sebut aje permainan jenis apa, tak payah susah-susah, cari aje kat kedai. Kebanyakan ibu bapa sekarang mampu nak belikan anak barang permainan..jadi anak tak susah-susah nak mereka cipta. Entahlah..fikir-fikirkan..















INILAH YANG DINAMAKAN " TETIUP "















INI PULAK " KEKUMBANG "














DAUN KELAPA BOLEH DIANYAM MENJADI KETUPAT JANTUNG
LEPAS TU BOLEH BUAT JUGA ALAT MUZIK TRADISIONAL SEPERTI TETIUP DAN KEKUMBANG















SERONOK BRO..MAIN KEKUMBANG..PUSING-PUSING GITU..