nufnang

Tuesday, October 6, 2009

RAYA DAHULU, RAYA KINI..





















Tajuk Perbincangan : Raya Dahulu, Raya Kini
Panel Pengulas : Emak Aku, sekali sekala aku menyampuk juga..
Bahasa yang digunakan : Bahasa SMS, Bahasa Separuh Pasar..


**PERSIAPAN MENYAMBUT HARI RAYA :

Dahulu :
- dibuat secara sederhana dan ala kadar kerana rata-rata orang tidak mampu..mana ada orang kampung yang kaya masa tu..kalau adapun seorang dua aje.. yang penting bersungguh-sungguh dan ikhlas buat keja.

Sekarang :
-biasalah dibuat secara berlebih-lebihan..benda tak pentingpun kadang-kadang dibeli..alasan biasa..raya setahun sekali apa salahnya..



** KUIH RAYA

Dahulu :
-menyediakan semua kuih tradisional yang memerlukan cabaran dan pengorbanan tenaga untuk membuatnya mana tidaknya nak buat dodol sekurang-kurangnya memerah tenaga sehari suntuk..abis keluar peluh jantan..nak buat kuih baulu..sakit mata dibuatnya sebab masuk asap dapur kayu..dan bla..bla..

Sekarang :
- apa lagi kuih" tunjuk" lah jawabnya ..kalau ada kuih tradisionalpun xlah menampakkan keasliannya..apa xnya..kalau dodol mesin yang kacau..kalau baulu..oven yang bakar

** UCAPAN HARI RAYA

Dahulu :
- baru seminggu puasa, dah sibuk hantar kad raya kepada kawan-kawan, sedara- mara xkira yang jauh ke ..yang dekat ke..terasa kemeriahannya

Sekarang :
- hantarlah ucapan melalui SMS, MMS, emel dan sebagainya..lepas baca 'delete' cepat-cepat takut ' inbox' penuh..

** LAUK RAYA..

Dahulu :
- pastinya ' ayam kampung ' menjadi sasaran untuk dibuat rendang ke..lauk kari ke..fuh sedapnya..bukan selalu, setahun sekali makan sedap sikit.
-kalau keluarga yang xmampu tu.. buat kari " ayam cap sardin " aje.. dari produk sardin cap ayam..bukan apa, orang kampung dahulu memang cukup susah..

Sekarang :
-asyik-asyik ayam bandar yang kena 'enjek' tu..dah x 'lalu' nak telan, hari-hari makan ayam tu..mana xmuak..

** DUIT RAYA..
Dahulu :
- budah-budak pegi rumah orang xmengharapkan duit raya..mana depa dapat duit raya..niat depa hanya nak makan kuih raya dengan air sirap..tu aje..sebab kalau mintak duit raya kat tuan rumah pun comfirm xdapat.. dan yang penting budak-budak ni faham konsep ziarah syawal.

Sekarang :
-wujudlah generasi yang meminta sedekah di bulan syawal..apa xnya, pegi rumah orang kerana nak duit raya.. kuih raya..no, air sirap no.., kalau duit raya..yes, cuba tuan rumah xbagi..selagi tu tak angkat punggung minta permisi..apelah nak jadi generasi sekarang..janganlah samakan duit raya tu dengan angpau raya cina..

APA-APA PUN KATA EMAK AKU..RAYA TETAP ADA KEBERKATNYA TIDAK KIRA DAHULU ATAU SEKARANG , YANG TERHAKIS HANYALAH KEMERIAHANNYA..
Wallahualam..