nufnang

Tuesday, November 3, 2009

e-mel untuk saya daripada jutawan internet

Ajahare, mengapa saya berhenti jadi jurutera?


Salam ajahare,

Beberapa orang sahabat baik saya selalu bertanya mengapa saya bersusah payah
buat bisnes internet, mengapa tidak buat sahaja bisnes biasa seperti kedai
makan atau perkhidmatan.

Atau mengapa tidak teruskan sahaja bekerja sebagai jurutera disyarikat
terkemuka Jepun selepas penat belajar di luar negara terus sampai pencen dan
tak perlu pening kepala.

Bagi saya jawapannya cukup ringkas: kerana bisnes internet...

* lebih menarik
* lebih senang
* lebih murah
* lebih menguntungkan
* lebih masa terluang

Biar saya jelaskan...

*1) Dengan bisnes internet anda bebas 'bekerja' tanpa mengira tempat. Samada
di Starbucks, Cybercafe, Kolej atau dirumah sahaja. Dibandingkan dengan bisnes
biasa harus dibuat di pejabat, kilang, kedai atau tempat yang ditentukan.
Sebab tu setiap pagi, kita biasa tersangkut kena trafik jam sebab semua mesti
menuju ke destinasi masing-masing untuk bekerja. Pejabat saya, hanya beberapa
tapak pergi ke bilik bawah ;)

*2) Bisnes internet juga jauh lebih senang, hanya perlu duduk dan tekan keyboard
dan klik mouse, semuanya settle dan sambil minum nescafe panas dan tengok DVD.
Manakala, sahabat-sahabat saya terpaksa pergi jumpa pelanggan, meeting, buat
ujikaji di makmal, buat laporan dan kena sembur dengan boss kalau salah. Memang
tiada masa untuk lepak apatah lagi nak tengok DVD.

*3) Bisnes internet jauh lebih murah daripada bisnes biasa. sahabat saya pernah
mengajak saya membuka kopitiam disebuah pasaraya. Modal diperlukan RM100,000!!
Dengan bisnes internet anda hanya perlukan ebook panduan, domain dan hosting
dengan modal tidak sampai RM500 dan banyak projek bisnes internet boleh dibuat.

*4) Bisnes internet boleh untung besar!Ahli flb pro seperti Hisham yang buat
RM80,000 dalam masa beberapa bulan, Akmar surirumah yang buat RM40,000 dirumah.
Saya sendiri menjana pendapatan gaji sebulan dalam tempoh sehari sahaja dengan
bisnes internet. Kerja sehari online = Pendapatan sebulan kerja makan gaji! Yahooo..

*5) Banyak masa terluang untuk bersama keluarga, shopping, bersantai di pantai.
Dengan bisnes biasa, anda perlu habiskan tidak kurang 10 jam di pejabat atau kedai.
Doktor yang gaji 5 angka juga terpaksa makan tengahari jam 3 petang sebab pelanggan
yang ramai menunggu. Dengan bisnes online semuanya automatik!

Dan jika anda juga bertanya mengapa saya berhenti kerja dan buat bisnes internet,
diatas adalah jawapannya.

Anda bila lagi ajahare?


Demi Kejayaan Anda,

Mohd Nizam