nufnang

Tuesday, December 22, 2009

CERITA TIGA BUDAK HITAM

See full size imagePada suatu hari, tiga orang budak hitam berjalan-jalan ke dalam hutan di belakang rumah mereka. Tiba-tiba, salah seorang daripada mereka telah terjumpa sebiji botol yang bertutup gabus.Salah seorang budak hitam tersebut telah mencabut gabus penutup botol tersebut, lalu keluarlah asap yang berkepul-kepul. Maka, keluarlah Jin dari botol tersebut.
Jin tersebut ketawa terbahak-bahak kerana telah bebas dari penjara botol. Sementara itu, ketiga-tiga budak hitam tersebut gigil ketakutan. Jin berkata kepada ketiga-tiga budak hitam tersebut, " Mintalah apa-apa sahaja yang engkau mahu hai si budak hitam, aku akan tunaikan permintaan kamu kerana kamu telah menolong aku ".

Budak Hitam 1 : Tukarkan aku menjadi putih, wahai jin
Jin : Tidak ada masalah, aku tunaikan

Maka, bertukarlah warna kulit budak hitam 1 menjadi putih.

Budak Hitam 2 : Tukarkan aku menjadi lebih putih daripada budak hitam 1, wahai jin.
Jin : Pun tidak ada masalah, aku tunaikan juga.

Maka, bertukarlah warna kulit budak hitam 2 menjadi lebih putih daripada kulit budak hitam 1.

Budak Hitam 3 : Aku mintak kau tukarkan kedua-dua kawan aku tu ( budak hitam 1 dan 2 ) menjadi lebih hitam daripada aku ( hitam legam lah maksud aku.. )wahai jin.

Jin : ????? Ni yang berat aku nak tunaikan ni..


Pengajaran daripada cerita di atas :

1. Kita perlu berazam untuk berubah kepada keadaan yang lebih baik ( budak hitam 1)

2. Tidak salah kita berazam untuk berubah kepada keadaan yang lebih baik
daripada kawan kita ( persaingan secara sihat )- ( budak hitam ke- 2 )

3. Kita dilarang mempunyai hasad dengki apabila melihat perubahan orang lain sedangkan kita tidak mahukan perubahan. ( budak hitam ke -3 lah..tu)

ANDA KATEGORI BUDAK HITAM YANG MANA SATU ?