nufnang

Saturday, May 29, 2010

MENDOKUMENTASIKAN PROJEK BANGUNAN WALIT...

Sabtu, 29.05.2010-Aku akan memulakan tugas pertama 2010 sebagai pengumpul maklumat bagi kerja-kerja projek membina sebuah bangunan burung walit yang baharu. Jika tiada aral melintang esok, kerja-kerja mengambil gambar majlis pecah tanah akan berjalan lancar. Projek kali ini dijangkakan akan siap 6 bulan dari sekarang..


Monday, May 24, 2010

TERIMA KASIH TUAN MUNSYI..

Saudara Azhar bin Salleh (Munsyi Dewan) sedang membuat persediaan sebelum menyampaikan ceramah...


YANG KURIK ITU KUNDI,

YANG MERAH ITU SAGA;

YANG ELOK ITU BUDI,

YANG INDAH ITU BAHASA.

Keterangan pantun di atas :

Carian Spesifik

PRPM
Laman Web DBP
www
Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ;

Peribahasa
Orang bergayung sama pandai, sama bak kundi atas dulang.
Takrif Sama-sama ahli; sama-sama pendekar. kundi = biji saga.
SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu
Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi.
Takrif Biarpun rupa elok dan kacak, tetapi kalau budi bahasa buruk, maka akan hina juga pada pandangan masyarakat.
SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu

Friday, May 14, 2010

HAPPY TEACHER'S DAY

16 MEI 2010
SELAMAT HARI GURU

Kepada seluruh warga guru di Malaysia
Semoga terus mencurah bakti kepada anak didik tercinta

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Friday, May 7, 2010

SISIPAN DARI BLOG SAHABAT MUNSYI ( 2)

TATABAHASA: APABILA GURU BESAR DIGANDAKAN...
Beberapa hari yang lalu, saya telah dihubungi oleh seorang guru, dan beliau bertanya tentang penggandaan kata majmuk, guru besar. Menurut guru tersebut, ada rakannya yang menyatakan bahawa kata majmuk "guru besar", apabila digandakan akan menghasilkan "guru besar-guru besar".
Saya menyatakan bahawa penggandaan demikian tidak tepat. Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (hlm. 74 - 75), contoh yang diberikan ialah:alat-alat tulis/gambar-gambar rajah/balai-balai raya/kapal-kapal terbang/suku-suku kata/garis-garis pusat/jirim-jirim organik/model-model linear/Menteri-Menteri Besar/Naib-Naib Canselor/Penolong-Penolong Pendaftar/Ketua-Ketua Menteri.
Rumusnya: Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja.Kecualian: Penggandaan melibatkan keseluruhan unsur apabila melibatkan kata majmuk yang telah mantap. Contoh:pesuruhjaya-pesuruhjayawarganegara-warganegaratandatangan-tandatanganjawatankuasa-jawatankuasasetiausaha-setiausahaPenyelesaian: Masalah guru tersebut dapat diselesaikan sekiranya kita berpegang pada rumus, seperti yang ditentukan oleh Tatabahasa Dewan.
Salah: guru besar-guru besar
Betul: guru-guru besar

Monday, May 3, 2010

SISIPAN DARI BLOG SAHABAT MUNSYI

TATABAHASA: MEMBERI DAN MEMBERIKAN

AYAT YANG SALAH

1. Saya memberi susu kepada kucing itu.
2. Mereka memberi pandangan tentang perkara tersebut.
3. Dia memberi sepotong kek kepada saya.
4. Saya diberikan sehelai kertas.
5. Mereka diberikan peringatan yang terakhir.

AYAT YANG BETUL
1. Saya memberikan susu kepada kucing itu.
2. Mereka memberikan pandangan tentang perkara tersebut.
3. Dia memberikan sepotong kek kepada saya.
4. Saya diberi sehelai kertas.
5. Mereka diberi peringatan yang terakhir.

Tuesday, April 27, 2010

TERINGAT CERITA NENEK ( 1)


Sebelum melelapkan mata, aku sering mendengar cerita nenek tentang kehebatan orang seangkatan dengannya menjaga ekonomi keluarga. Walaupun, hidup mereka rata-rata 'kais pagi makan pagi' namun,mereka masih mampu untuk menyara keluarga, menghantar anak ke menara gading malah mereka mampu menunaikan haji. Kata nenek lagi, orang dahulu pandai berjimat, walaupun dapat sedikit , mereka masih lagi mampu untuk menabung. Sebab itulah, orang dahulu berjaya mengendalikan keluarga. Orang dahulu tidak pernah risau jikalau tidak ada lauk untuk makan.Pucuk ubi rebus dengan sambal belacanpun dianggap menu yang menyelerakan.

Kata-kata nenek aku tu, masih terngiang-ngiang lagi di telinga ini, walaupun nenek sudah lama pergi. Sambil menghela nafas, aku terfikir pulak macammanalah pulak orang sekarang termasuklah aku menguruskan ekonomi keluarga..boleh ke tiru macam orang dahulu?

Kata orang, lain hulu lain parang, lain dahulu lainlah sekarang...


Monday, April 5, 2010

TEAM BOLA SEPAK BAWAH 12 KOTA TINGGI


Semasa 'warm-up ' sebelum perlawanan menentang Team Segamat



Coach 'hangin' selepas anak buah hanya seri dengan team Segamat ( 2-2 )